GENEVA: Sebulan selepas Argentina memenangi Piala Dunia Qatar 2022, FIFA mengumumkan kira-kira lima bilion orang mengikuti siaran kejohanan bola sepak paling berprestij itu, lapor Xinhua.
"Di media sosial, menurut Nielsen sekitar 93.6 juta siaran merentasi pelbagai platform, dengan 262 bilion capaian kumulatif serta 5.95 bilion tontonan," menurut FIFA dalam satu kenyataan pada Rabu.
Qatar 2022 mencipta satu siri rekod Piala Dunia apabila sebanyak 3.4 juta penonton menyaksikan perlawanan di stadium, iaitu angka paling tinggi dalam sejarah - dan 172 gol dijaringkan semasa kejohanan itu, juga yang tertinggi setakat ini.
Beberapa pencapaian baharu turut direkodkan termasuk Lionel Messi dari Argentina membuat penampilan paling banyak (26) perlawanan Piala Dunia mengatasi rekod yang dicatatkan oleh Lothar Matthaus dari Jerman, manakala gol 68 saat daripada pemain Kanada, Alphonso Davies ketika perlawanan menentang Croatia dicatat sebagai gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia.
Pada usia 18 tahun, Gavi dari Sepanyol dinobat penjaring gol termuda Piala Dunia.
Ia juga merupakan Piala Dunia pertama yang dianjurkan di negara Arab; pasukan Afrika pertama (Maghribi) mara ke separuh akhir; dan tiga pasukan Asia layak ke pusingan 16 buat kali pertama dalam sejarah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
Beberapa pencapaian baharu turut direkodkan termasuk Lionel Messi dari Argentina membuat penampilan paling banyak (26) perlawanan Piala Dunia.- Fail/Stadium astro
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Cheng Hoe sudah ada bayangan kesebelasan utama skuad negara
Cheng Hoe berkata ini termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan khidmat arkitek tengah Terengganu FC, Lee Tuck.